BLOG CHAT.. WAJIB HADIR SETIAP JUMAAT JAM 9pm!!

Wednesday 22 December 2010

Merry Christmas 2010 & Happy New Year 2011


 Kepada semua keturunan ahli keluarga Yapil dan semua yang berkaitan dengan Yapil Sinakagon, Selamat menyambut Hari Natal 2010 dan juga Selamat menyambut Tahun baru 2011.

Semoga pada Tahun 2011 akan memberikan kita lebih banyak rezeki dan keselamatan. Supaya kita semua dilindungi daripada sebarang bencana dan diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bertanggungjawab kepada dunia.

Dengan pesanan,

1. Jangan memandu laju dan berbahaya  serta jangan memandu ketika mabuk atau sekiranya pening-pening...
2. Jaga kebersihan persekitaran rumah untuk mengelakkan "denggi"....
3. Berjimat cermat semasa musim perayaan.....
4. Jangan biarkan kanak-kanak bermain hujan.....
5. Bergembiralah bersama keluarga tersayang.....

Monday 22 November 2010

Kegigihan Dan Pengorbanan Seorang Ayah

Kegigihan Dan Pengorbanan Seorang Ayah


by Rayland Henry on Monday, November 22, 2010 at 3:15pm
Ketika menyambut sang suria
Langit pun ikut cerah menyertai cuaca yang tenang
Kesibukanmu pun ikut menyambut dengan keadaan dan situasi
Demi menghadapi Dunia yang fana


Terik mentari yang menyengat dan menusuk
Engkau tidak menggambil kisah
Derasnya hujan yang turun
Engkau tidak pernah peduli
Takkan pernah patahkan semangat
Meski hadapi segala rintangan
Engkau tetap tabah dan kuat menempuhinya

Demi anak dan istrimu
Engkau sanggup dan rela mengorbankan waktumu
Untuk memenuhi kebutuhanmu
Serta suatu kewajibanmu
Engkau tetap berdiri megah
Tanpa alasan dan rungutan

Kau bagaikan mentari diwaktu pagi
bagaikan rembulan diwaktu malam
Kau adalah sumber kehidupan kami
Dan pelindung kami di malam yang kelam

Suara kicauan burung di waktu pagi
Suara gemericik air yang nyaring kedengaran
Engkau bekerja keras beralaskan kaki mu
Sanggup menderita demi anak-anak mu 

Demi anak-anak dan isterimu
Yang sememangnya  menjadi tanggung jawab seorang ayah
Kau hidangkan kami senyum palsumu dalam dan saat kau menderita
Kau  sembunyikan keperitanmu dan dukaan mu

Sungguh besar jasamu sebagai seorang ayah
Kami tidak akan mampu untuk membalasnya
Terimakasih atas pengorbananmu
Yang menjadi tumpuan bagi keluargamu

Engau tidak pernah mengeluh
Engkau tidak pernah membantah atas segala permintaan anak-anakmu
Engkau selalu memberi nasihat kepada anak-anak mu
sehinggakan kau mampu tersenyum sebagai seorang ayah yang Cemerlang

Terimakasih Ayah atau pengorbanan mu
Engkau tidak pernah mengenal erti penat dan letih
Engakau tidak pernah menyesal atas apa yang telah kau lakukan untuk anak-anak dan isteri mu
Wahai Ayah... Jasa mu tetap kami sanjungi

Selalu kau melangkah tanpa ragu
Walau sejuta rintangan yang menghalang engkau
Tetapi semua itu tidak pernah kelihatan di raut wajamu
Demi kehidupan yang menentang
Kau rela berkorban demi anak-anak dan isteri mu 

Setinggi gunung yang kau berikan
Terlalu besar pengorbananmu yang telah kau curahkan kepada anak-anakmu
Takkan pernah kami lupakan
Demi kami anak dan isterimu
Kau rela berlapar
Kau rela berhujan
Walau Badai ikut menerjang kau pun rela kepanasan
Sungguh mudah kau gagahi teriknya mentari dapat kau terjang

Cukup Agung suci dan  besar pengorbananmu
Hanya dapat kubalas dengan Budi pekerti dan kebaikanku
Akan ku sahut cabaran yang akan mendatang
Akan ku gagahi, seperti engkau mengagahi

Dan DOA senantiasa berada di sisimu
Setiap waktu, setiap jam, setiap minit dan setiap saat
Bersertakan DOA agar engkau sentiasa berada di tempat yang tenang......






 NUKILAN: 22/11/2010
(Rayland Henry Gusi @ Johnny Henry Gusi)

Kehadiranya Tiada Siapa yang Menduga,
Kehadiranya Tiada Siapa Yang Boleh Menghalang Walaupun Sesaat,
Dia Tidak Akan Mengenal Waktu Dan Masa,
Bila Di Cabut Dari Jasad, Maka Tamat Lah Permainanmu Di Dunia Ini
Walaupun Kita Berada Dalam Keadaan Sihat....

“PERTEMUAN PERTAMA”


Bah …saudara-saudara…
Saya mau sambung cerita dulu……


 

Pada pertemuan pertama yang boleh dikatakan semua orang-orang kuat ada hadir…tujuan utama pertemuan ini adalah untuk membentuk jalan cerita bagaimana kita boleh teruskan rancangan untuk mengumpulkan semua ahli keluarga yang ada perkaitan dengan "KELUARGA BESAR" yang pada masa itu kita belum dapat "mengeSAHkan" dimana pokok besar keluarga ini…

Perbincangan diteruskan dengan menerangkan segala bukti-bukti yang ada pada masa itu, sama ada secara LISAN atau BERTULIS atau BERGAMBAR yang dapat menerangkan perkaitan saudara yang ada diantara kita semua… memandangkan bukti secara bertulis yang diperolehi adalah sangat terhad, manakala bukti secara LISAN tidak dapat disahkan kebenarannya (sebab kita mahu FAKTA/ BUKTI LISAN yang betul-betul boleh dipercayai) … disebabkan halangan dan kekangan tersebut maka perbincangan sebulat SUARA membuat keputusan untuk melaksanakan satu mesyuarat besar-besaran dengan menjemput semua KETURUNAN "YAPIL BIN BANGKOL"….. dari situ terbentuk satu nama "YAPIL SINAKAGON"


 

Tidak sempat diterjemahkan apa tujuan atau objektif utama persatuan ini dibentuk, memandangkan keadaan pada masa itu masih lagi belum jelas sepenuhnya.. maka semua orang diberi kesempatan supaya hadir pada MESYUARAT PERTAMA bertempat di DEWAN SERBAGUNA KG SUROMBOTON TENGHILAN.


 

Antara objektif pembentukan YAPIL SINAKAGON adalah
  1. Untuk merapatkan hubungan kekeluargaan sebelum lebih ramai saudara yang tidak kenal antara satu sama lain terutama golongan muda dengan yang muda apatah lagi golongan tua dengan yang muda.
  2. Untuk mengesan dan mencari semua ahli keluarga yang ada perkaitan darah dengan YAPIL bin BANGKOL
  3. Untuk membuat siasatan keturunan YAPIL BIN BANGKOL (adik beradik beliau, ibubapa beliau, adik beradik ibubapa dan datuk dan nenek beliau)


 

Itu objektif yang boleh saya berikan sebagai panduan utama. Objektif ini tidak ada dinyatakan secara terperinci memandangkan kita belum lagi mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk meneruskan apa-apa misi selepas ini.
Setakat ini, sumber utama bukti dan sokongan yang diperolehi hanyalah daripada sumber LISAN yang boleh dipercayai, PENCERITAAN SEMULA melalui temuramah dengan beberapa orang tua yang betul-betul mengenali pokok keluarga YAPIL. Bagaimanapun melalui sumber penulisan yang diperolehi terdapat beberapa fakta yang tidak dapat disahkan dan "MASALAH BESAR" yang seringkali timbul apabila diminta untuk mengesahkan FAKTA tersebut…tidak ada sesiapa yang tampil dan mampu untuk menjadi saksi bahawa FAKTA TERSEBUT BENAR ATAU SALAH ATAU ADA PEMBETULAN.


 

Pada pendapat saya, pasti ada yang tahu tentang perjalanan pokok Keluarga YAPIL ini tetapi mungkin segan atau takut untuk tampil dan menceritakan perkara sebenar kerana tidak berani membuat pengesahan sendiri tentang cerita yang dikatakan.
Bagaimana pun kita harus meneruskan pencarian ini ….macam konsep yang saya gunakan…."kalau kita tidak cari sekarang, bila lagi???"….. ingatlah saudara-saudara, semakin lama semakin ramai yang akan meninggalkan kita… sebelum cerita POKOK YAPIL ini hilang dan kita tidak sempat kenal keluarga kita dari "POKOK BANGKOL" atau diatas dari itu, baguslah kita cari itu saudara-saudara kita yang lain kan??


 

FIKIR-FIKIRLAH SEKEJAP, KETURUNAN YAPIL SEKALIAN….

Sunday 21 November 2010

"PERTEMUAN"

Suatu cerita pendek untuk dibaca oleh sesiapa yang ada pertalian saudara dengan "KETURUNAN YAPIL"

**p/s Janganlah ada dendam, niat tidak baik, irihati atau perkara negatif yang ada dalam fikiran kamu sebelum kamu baca sedikit perkongsian ilmu tentang apa yang dinamakan "MIISO MISOMPURU".....

BERMULA DENGAN "TIGGY_RUN" 
(tiggy_run atau disebut 'ti-gi-ran' yang bermaksud gerigitan/ geram)

               Mungkin kalau 'first-time' jumpa ni blog atau ternampak ada kereta yang ada sticker promosi ini blog memang akan rasa sedikit hairan, apalagi kalau tidak pernah terlintas dihati atau fikiran yang persatuan keluarga kita ini ada blog sendiri. Ya kah?? Betul??

           Bukan anda satu orang saja yang terfikir begitu, saya sendiri pun tidak pernah terfikir untuk mengembangkan status persatuan keluarga ini yang cuma menggunakan cerita-cerita mulut dikampung atau secara lisan dan kemudian menggunakan perkhidmatan telefon/ telefon bimbit akhirnya terbentuk melalui perbincangan dan mesyuarat yang telah diadakan dengan mengumpulkan beberapa orang penting untuk menjayakan persatuan ini. 

             Sudah lama perkara ini seringkali jadi perbualan apabila bertemu di sesuatu majlis (samada kesusahan atau kahwin), bila ada 2 saudara berjumpa, mesti timbul soalan "bila la kita mau buat hari keluarga ni?"....pada suatu hari saya pun terfikir, "APA YANG JADI PENGHALANG UNTUK BUAT HARI KELUARGA NI?"...masa tu sa cuma ada satu IDEA.. shortcut....kasi kumpul dulu keluarga YAHEE YAPIL la... dan hasil cerita kosong sambil minum-minum kami dapat satu nama "TIGGY_RUN"......

              Saya cuba buat sedaya yang mampu untuk merekodkan semua ahli keluarga yang ada 'KAITAN DARAH' dengan Yahee Yapil....  Senang kerja, saya mula kasi rekod semua anak-anak dan cucu cicit Yahee Yapil... dapat keputusan pada masa itu 84 orang ahli keluarga..(tidak termasuk 'waris' terkini)
Selepas itu baru, saya mau mula untuk merekodkan semua adik beradik Yahee Yapil dan sempatla juga buat interview tidak rasmi dengan beliau tentang salasilah keluarga yang hampir kita lupa suda sekarang...kan??

                Setelah semua nama saya dapat... kami bercadang dan suda pun berbincang untuk mengadakan gathering keluarga Yahee Yapil dengan tajuk "YAHEE FAMILY CONCERT"....walau bagaimanapun tidak kesampaian apabila beliau telah meninggal dunia sebelum sempat projek itu berjaya. Padahal dalam perancangan tersebut, pengisian utama adalah untuk meraikan seluruh Keluarga Yahee dan seterusnya menjemput semua ahli keluarga KETURUNAN YAPIL untuk turut serta dan berkenal-kenalan dengan lebih rapat.

SEBELUM PERTEMUAN
           
                Dalam hati, saya sudah pun terasa yang menubuhkan sebuah persatuan keluarga yang besar adalah satu perkara besar yang sangat rumit, apalagi dengan masalah-masalah serta kekangan antara kita sebagai manusia biasa dan luarbiasa serta pelbagai karenah cuaca dan juga tempat. Pendek kata, 
                                        "ia adalah sesuatu yang mustahil untuk berjaya"

betulkah tu??  Kamu rasa betul atau macamana??

                Jadi, sambung cerita.... bila datuk saya Yahee ni meninggal, terus saya terfikir yang saudara-saudara sebelah Yapil ini akan hilang disebabkan oleh masa dan keadaan yang belum pun sempat kami kenal semua atau siapa-siapa yang ada kaitan darah. Huuhhhh.... Semasa majlis pengkebumian itu juga saya mula untuk mengedarkan satu salasilah keluarga Yahee Yapil satu cara bagaimana untuk berkenalan dengan semua waris walaupun yang saya kenal itu mungkin tidak lebih dari 10%....

                       Nasib baik....pada masa itu saya berjumpa dengan Uncle  Henry Gusi.......... beliaulah yang telah memaklumkan kepada saya yang anak beliau juga Rayland Henry @ Jhonny sedang dalam proses untuk mengumpulkan semua saudara-saudara yang terlibat dengan kaitan atau pertalian darah Yapil ini.

                      Bermula dengan 1 keluarga kami telah gabungkan menjadi 2 keluarga...dan MISI pencarian semua keluarga YAPIL ini pun bermula.

PERTEMUAN PERTAMA

Kalau seingat saya, pertemuan yang pertama ini telah dibuat dirumah keluarga saudara Walter Duhan (anak sulung kepada Arwah Agatha Ranah Yahee)....

Ok nanti saya sambung cerita lagi......

Friday 7 May 2010

PERUBAHAN TARIKH DAN KEMASKINI MAKLUMAT

Saudara Yapil Sinakagon semua, sila ambil perhatian...

Perubahan tarikh TINIMUNGAN KO-2 yang pada asalnya 12 JUN 2010 akan ditunda ke 13 JUN 2010...


Sehubungan dengan itu satu mesyuarat khas pada 16 MEI 2010 jam 1.00pm akan diadakan. SILA respon untuk makluman kepada semua yang terlibat.

terima kasih
-ADMIN-

Monday 5 April 2010

Bah lama suda sunyi kita punya blog ni....

Macamana persediaan untuk Tinimungan YS nanti???... sa kasi panas-panas dulu la sikit warmup untuk kita bincang ...Boleh???

Gambar yang ndak banyak...

Don't try this at home...

Osmund & Ellesia wedding ceremony..

2007 BLASTER....

2008 BLASTER...