We are ONE big family, mixed with different races and religious thought...we hold the Dusun's theme we had agreed " MIISO MISOMPURU " which means " WE ARE UNITE TO BE ONE "
BLOG CHAT.. WAJIB HADIR SETIAP JUMAAT JAM 9pm!!
Sunday, 20 December 2009
End of the year....it is time for "MONGOMOT" !!!!
Macam biasa...jangan kita lupa kampung sendiri....kalau pun tidak pandai pegang tu "langgaman", sekurang-kurangnya kita tahu bila masa "mongomot" ni... setahun 2 kali...pertengahan tahun (bulan Mei hingga Jun) terus ada "Kaamatan". Yang kedua hujung tahun...biasanya itu padi mula masak hujung November..jadi mula la aktiviti "mongomot" ni bersesuaian dengan cuti sekolah... Bah, kalau ada masa kita pigi "mongomot" ramai-ramai... gotong royong.... lepas tu "mongogik" lagi....huisss.... best tu kalau yang orang muda-muda minat menari "shuffle".....tanya yang veteran-veteran "mongogik" apa lagu diorang dulu-dulu !!!! KiieeeeWWW!!
Saturday, 19 December 2009
Wednesday, 30 September 2009
Logo baru ..testing -testing buat logo....
Friday, 11 September 2009
macamana mau masuk FACEBOOK..
01. Buat email masing-masing, kalau yang suda ada lagi senang (create atau sign up dulu email di yahoo atau gmail atau mana-mana...
02. Klik tu tajuk besar di atas atau klik itu facebook badge yang "yapil's sinakagon' kemudian dia link automatic pg facebook la tu...
03. kepada yang belum perna buat account facebook, anda terpaksa sign up jg d facebook guna email yg tadi... kalau suda ada account facebook, terus jak sign in la....
04. Klik "become a fan" for Yapil's Sinakagon... bila suda jadi member atau fan di page Yapil's Sinakagon.. boleh suda masuk ikut reply post tu...
05. taip jak thread baru.. kasi POST WELCOME supaya mamber yang lain pun tau siapa yang baru masuk jadi fan....
06. explore apa yang ada d facebook, supaya lebih mahir... Add friend untuk tambah kawan dalam facebook..post gambar terbaru anda d profile..d page YS pun boleh upload gambar...
07. Selamat Berjaya kita jupa d Facebook..
"MIISO MISOMPURU"
-admin kunun-

Monday, 7 September 2009
PHOTOGRAPHER diperlukan.....
huhuhuuhhu... kita kekurangan gambar aktiviti, tempat-tempat dan sebagainya.. kalau boleh siapa-siapa yang ada kamera tu automatic jadi photographer YS, gambar yang kamu dapat boleh la kasi upload di facebook..nanti belakang baru kita edit... amacam boleh ka begitu??? tapi susa pula kalau nanti ada yang ndak mau gambar disiarkan pula....hehehehehhehe apa komen anda semua..tolong respon dulu..
"MIISO MISOMPURU"
-admin kunun-
"MIISO MISOMPURU"
-admin kunun-
Sunday, 6 September 2009
Yapil's Sinakagon on Facebook!
ba kamu klik dari link title tu pun bole untuk jadi fan di facebook..........
bukan apa sebab ramai yang ada di facebook ba jadi untuk memudahkan perhubungan dan komunikasi saya cuba buat begini supaya tidak ada yang keciciran maklumat dan sebagainya.. macam biasa berita kesusahan, berita kawin apa-apa nanti sa post di blog dan juga di facebook supaya semua sinakagon yang terlibat boleh ambil perhatian....hehehhehe

Facebook.....lagi satu hal..
Macamana kita mau berhubung di facebook tu supaya semua berkenalan dari Yapil's Sinakagon aaaa???? sepa yang ada idea macamana kita mau men kenal Yapil punya keturunan ni facebook????? sebab masalah utama kita ialah tidak kenal antara satu sama lain..mau pun nama atau muka...apalagi kalau guna nama samaran di facebook untuk mengelakkan identiti sebenar...hehehehehe....
bah..semalam sa sudah buat 1 promo.. Yapil's Sinakagon ada suda di facebook... jadi siapa-siapa yang ada di facebook kamu pigi la jadi YAPIL SINAKAGON FAN... jadi nanti kita berkenal juga siapa saudara mara dari tu link ...ok....

MARI TOLONG SAYA JADI ''ADMIN'' BIKIN NI BLOG!!!
OK...lama suda saya tunggu siapa yang boleh membantu untuk post cerita atau gambar atau apa-apa yang menarik atau tidak untuk kita kasi panas balik ini blog. Ramai suda yang tanya-tanya kenapa ni blog tiba-tiba macam kurang fire jak suda.. apa boleh buat saya 1 urang jadi admin pun hangkang suda ni... sibuk kerja trus tertinggal semua, ndak banyak masa saya untuk kasi jana ni blog hari-hari supaya panas sentiasa... mari kita bincang apa yang boleh kita buat.. bukan saja untuk ni blog, tetapi juga untuk kita semua yang terlibat sebagai keturunan Yapil. ada saya sediakan link untuk semua keturunan Yapil supaya masuk dalam itu pokok keluarga.. "family tree website"... cuma tidak ramai yang masuk juga la...ada beberapa orang yang suda masuk dan kasi upload gambar di sana.. kalau ada siapa-siapa yang belum kasi update profile, cuba try la kasi update profile kamu termasuk gambar semua la kalau bulih... sorry saya guna bahasa rojak jak sini ni... tolong respon saya supaya kita dapat bertukar fikiran....
FACEBOOK EVERYWHERE!!!
Lama baru sa dapat buka post baru untuk semua sinakagon dimana juga kamu berada....
makin hari makin kita lupa suda kita punya persaudaraan yang semakin besar ni... Bulan-bulan lepas pun suda ramai yang mendirikan rumahtangga..pendek kata untuk mengembangkan keturunan Yapil juga la.... makin lupa juga bercerita di blog, sebab macam semua orang berminat lebih kepada facebook...lagipun sana best sikit sebab ramai yang bole kita jumpa.... jadi untuk makluman semua, bagus juga kalau ada link facebook di sini supaya dapat juga saudar-saudara kita yang malas mau buka blog tapi dia nampak juga kalau ada berita terkini tentang perjumpaan, mesyuarat...berita terkini yang perlu disampaikan kepada semua Yapil's Sinakagon.... harap kita semakin berkembang maju dalam dunia yang banyak lagi misteri ni...hehehehe..berjupa di facebook jak kalau malas di blog... ok
'MIISO MISOMPURU'
--ADMIN KUNUN--

Thursday, 6 August 2009
Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 5 Ogos 2009
Pada 5 Ogos 2009 sejumlah 16 kes baru influenza A(H1N1) dilaporkan dengan 3 kes kematian. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Daripada 16 kes yang dilaporkan hari ini, 10 merupakan kejadian dari 3 kluster baru dan 6 kes sporadik atau terpencil. Manakala tiga (3) kes kematian yang dilaporkan adalah kes sporadik.
Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 5 Ogos 2009 jam 8.00 pagi adalah sebanyak 1,476 kes dengan jumlah kematian 11 orang. Daripada 1,476 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (39%) merupakan kes import dan 902 (61%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,413 kes (96%) telah sembuh. Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 10 orang. Manakala 28 kes sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi.
Daripada 10 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 3 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), mengandung (1) dan imuniti rendah (1).
Daripada 16 kes yang dilaporkan, dua (2) kes dirawat di wad, 11 orang menerima rawatan pesakit luar dan tiga (3) adalah kematian. Maklumat mengenai kes kematian pada 4 Ogos 2009 seperti berikut:
Kematian ke-sembilan, kes adalah seorang budak perempuan berumur 3 tahun yang mempunyai sejarah jangkitan saluran pernafasan kronik. Kes dimasukkan ke Hospital Melaka pada 31 Julai 2009 dengan gejala demam dan batuk pada 25 Julai 2009. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 6.19 petang 2 Ogos 2009 dan meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 4.30 petang dengan diagnosa jangkitan virus influenza A(H1N1) dengan severe pneumonia. Sebelum dimasukkan ke Hospital Melaka, kes telah mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik swasta dan dimasukkan ke hospital swasta pada 30 Julai 2009, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka sehari kemudian kerana mengalami jangkitan radang paru-paru teruk (severe pneumonia).
Kematian ke-sepuluh, kes adalah seorang budak lelaki berumur 12 tahun dengan kegagalan buah pinggang kronik dan sedang menjalani rawatan dialisis. Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 3 Ogos 2009 dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas semenjak 1 Ogos 2009. Pesakit meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 2 petang disebabkan jangkitan pneumonia teruk. Kes disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 4 Ogos 2009 jam 5.50 petang.
Kematian ke-sebelas, kes adalah seorang lelaki berumur 20 tahun dengan kronik asma telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 2 Ogos 2009 dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas semenjak 31 Julai 2009. Beliau terus dimasukkan ke unit rawatan rapi dan disahkan mengalami pneumonia teruk. Pesakit meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 2.30 pagi dan disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 4 Ogos 2009 jam 5.50 petang.
Merujuk kepada situasi global, sehingga 5 Ogos 2009, sejumlah 193,686 kes dengan 1,361 kematian telah dilaporkan daripada 171 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 4,531 kes dengan 42 kematian berbanding dengan hari sebelumnya dengan pertambahan tiga (3) negara iaitu Grenada, Kiribati dan Tokelau.
Penularan virus influenza A(H1N1) di dalam komuniti telah semakin meluas. Ia ditunjukkan oleh kehadiran ramai pesakit ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan demam dan batuk. Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:
Mereka yang berisiko tinggi (mengandung, obes, asma, diabetes, imuniti rendah, sakit jantung) dan sedang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit dengan jangkitan virus influenza A(H1N1) jika sekiranya rawatan dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas bermula gejala. Rawatan tidak memerlukan ujian pengesahan makmal dan bagi klinik kerajaan rawatan adalah percuma.
Selepas mendapat rawatan, pesakit adalah perlu berada di rumah dan mengurangkan pergaulan dengan orang awam termasuk ahli keluarga serta sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan etika batuk yang baik. Amalan ini dapat mengurangkan perebakan virus kepada orang lain.
Pesakit-pesakit yang mengalami gejala ringan jangkitan influenza A(H1N1) yang telah dinasihatkan oleh doktor untuk duduk di rumah perlu mematuhi nasihat tersebut kerana amalan ini boleh mencegah perebakan virus influenza ini kepada orang lain. Jika terpaksa pergi ke tempat-tempat awam tersebut, mereka mesti memakai topeng muka atau mask jenis ‘three ply’ yang didapati boleh mencegah penularan virus kepada orang lain.
Pesakit-pesakit yang telah dinasihatkan untuk duduk di rumah semasa rawatan agar sentiasa memantau tahap kesihatan sendiri. Sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam yang berterusan, sakit dada, sesak nafas, atau `altered conciousness’ sila segera mendapatkan rawatan di hospital.
Orang ramai yang mengetahui wujudnya kejadian kluster influenza-liked illness (ILI) di sekolah, institusi dan komuniti, sila maklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk siasatan dan tindakan kawalan.
Adalah dimaklumkan waktu operasi hotline adalah dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Bagi mereka yang memerlukan maklumat selepas waktu operasi, dapatkan daripada laman web Kementerian Kesihatan http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.
Kementerian Kesihatan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, penularan influenza A(H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 5 Ogos 2009

Sunday, 19 July 2009
Mari berkenalan lebih rapat...
orait...saudara semua kita berkenalan melalui gambar dulu la..... sa ingat hari tu masu kasi compile dulu gambar semua supaya senang bah kasi upload 1 kali semua boleh kenal-kenal...tapi ada sikit masalah untuk mendapatkan gambar yang mudah...dan saya pun bukan photographer jadi teda kamera canggih...tunggu la sikit masa lagi...hehehhee.... ini keluarga yang memang kita kenal tapi ada maksud ni kenapa gambar durang yang duluan sa kasi upload..hehehhe...orang pertama bagi sa gambar melalui email la ni....senang saja...kita cuba teka nama-nam durang ni anak beranak la...sepa dapat teka dengan betul...dapat hadiah..... nama penuh aaa...bukan nama pura.... selamat mencuba....!!!
Friday, 26 June 2009
SILA HANTAR BORANG PENDAFTARAN ANDA...
Sorry banyak-banyak saudara sekalian...lama baru dapat buka "new post" ni.... saudara setiausaha Yapil Sinakagon, Johny Gusi mahu semua borang pendaftaran keluarga Yapil Sinakagon supaya di hantar kepada beliau selewat-lewatnya sebelum bulan Ogos... jadi sesiapa yang baca post ni tolong sebarkan kepada semua keturunan Yapil supaya siapkan borang tersebut diisikan dengan lengkap dan kemudian sila kembalikan kepada saudara Johny sendiri secepat mungkin.... sekiranya ada masalah untuk menghubungi beliau sila maklumkan kepada wakil-wakil keluarga yang terdekat untuk mendapatkan borang tersebut. Ini kerana buku yang menampilkan nama saudara-saudari dalam keluarga besar Yapil Sinakagon mungkin akan tercicir sekiranya borang tidak sampai dan tidak lengkap... seboleh-bolehnya kasi lengkap la sehingga waris paling muda..hehehehehe....
sekian saudara-saudari...TOLONG SEBARKAN.....TOLONG SEBARKAN....TOLONG SEBARKAN...OK
-WE ARE UNITE TO BE ONE-
sekian saudara-saudari...TOLONG SEBARKAN.....TOLONG SEBARKAN....TOLONG SEBARKAN...OK
-WE ARE UNITE TO BE ONE-
Monday, 25 May 2009
KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN!!
Bah ni post untuk ucapan kepada semua ok.... sila masuk untuk menulis ucapan anda....terima kasih...
Happy Teacher's Day!!! 16th May 2009
sorry terlambat pula ni wish untuk semua guru-guru yang terlibat.....hehehehehe
Wednesday, 13 May 2009
"MIISO MISOMPURU YAPIL SINAKAGON"
Daripada cerita dan berita-berita yang saya perolehi, saya cuba untuk memberikan beberapa pandangan dan idea sikit. Idea pertama, masa kita terlalu padat seperti juga pandangan dan pendapat daripada saudara-saudari sebelum ini, cadangn untuk kita bertemu semula pada bulan Kaamatan ini atau cuti sekolah bulan Jun nanti. walaubagaimanapun, tuan rumah untuk perjumpaan seterusnya mahu untuk menganjurkan pertemuan pada masa tersebut. tetapi daripada apa yang saya terima tuan rumah membatalkan perjumpaan tersebut kerana ada saudara kita yang akan berkahwin semasa cuti tersebut. Jadi saya mencadangkan supaya perjumpaan seterusnya kita akan tunda sehingga satu tarikh baru akan dibincangkan semula kemudian....setuju????
Jadi cuti Jun ni nanti kita akan berjumpa di majlis perkahwinan saudara kita itu sahaja la, supaya tidak terlampau serabut kita mengatur semua perjalanan aktiviti semasa musim cuti ni.... apa pandangan saudara-saudari sekalian????
Tolong respon ahh.....

Berita Sedih dari kampung....
Ada beberapa berita sedih atau kesusahan di kampung, sila maklumkan disini, siapa-siapa yang ada berita perlu disampaikan boleh masukkan disini la... sorry lama berdiam sebab ada kerja banyak blum selesai... haraf maklum, harap maaf diterima....
BERITA KESUSAHAN
1. EN. MOLUKIM DARI KAMPUNG SUROMBOTON, TELAH MENINGGAL DUNIA AKIBAT SAKIT JANTUNG PADA HARI ISNIN (11.05.2009)LEBIH KURANG JAM 9 PAGI.
BERITA KESUSAHAN
1. EN. MOLUKIM DARI KAMPUNG SUROMBOTON, TELAH MENINGGAL DUNIA AKIBAT SAKIT JANTUNG PADA HARI ISNIN (11.05.2009)LEBIH KURANG JAM 9 PAGI.
Friday, 17 April 2009
Ba atur balik kita punya "chating time" !!!!
Saudara saudari sekalian, macam makin mau kurang suda kita bercerita di chat box ni, ramai yang bekerja sehingga lewat malam...ada yang penat kerja balik terus tidur, ada yang sibuk bukan saja di ruma, di tempat kerja pun sibuk, di padang pun sibuk..hehehehe (macam saya sibuk semua tempat pula).... minta maaf atas kesulitan lebih kurang 2 minggu da sa ndak dapat buka internet ni... harap ada masa suda balik mau berinteraksi kita semua...apa-apa cerita tulung kestau jak sini la... nanti kita ble bincang2...terutama untuk gathering kaamatan nanti tu, sa belum dapat berita terkini lagi....tolong semua respon dulu ni isu.....kita kasi jelas supaya semua orang faham...
Saturday, 21 March 2009
EARTH HOUR !!!
Yapil Sinakagon..mari kita ramai-ramai menyokong ni EARTH HOUR... kita register sampai 5 juta orang... lepas tu apa yang perlu kita buat cuma PADAM LAMPU PADA 28 MAC 2009-- JAM 8.30 malam SAMPAI JAM 9.30 malam (1 jam sahaja bah)...
BOLEH REGISTER DI SINI www.earthhour.org.my/malaysia
mari sama-sama kita mengekalkan BUMI HIJAU!!!!!
Saturday, 7 March 2009
Bantuan diperlukan.....SEGERA!
Kepada saudara saudari sekalian, kepada mereka yang berminat untuk menjadi "tukang post cerita" dalam blog ni, pihak admin sangat berharap supaya saudara saudari sudi untuk menjadi pekerja sebagai "tukang post".... pekerjaan yang mudah saja...cuma perlu berikan alamat Email (mesti dalam Gmail.com sahaja)dalam comment di sini... Ini kerana pihak admin kurang mendapat bahan atau cerita yang berkisarkan dari tempat masing-masing seluruh dunia... sekiranya boleh, semua adalah dialu-alukan untuk menjadi tukang post cerita dalam blog family kita ni.....tolong comment...sekian
Friday, 27 February 2009
2nd Tinimungan Yapil's Sinakagon.. this coming May!!
Kepada semua ahli-ahli, member-member, saudara mara, saudara saudari, waris-waris, anak-anak, cucu-cucudan segala keturunan Yapil di bumi dan segala planet di angkasa....
Team Hijau Garagad's Family bercadang untuk menganjurkan gathering ke-2 pada Bulan Kaamatan atau bulan Mei yang akan datang ni... tahun 2009.... jadi segala persiapan serta mesyuarat untuk melaksanakan program kita ini akan dipercepatkan.. Kemungkinan besar 1 mesyuarat akan berjalan pada musim cuti persekolahan ini (antara 14-21 Mac 2009)....
Antara perbincangan yang akan menjadi agenda pada mesyuarat tersebut adalah,
1. post-mortem gathering yang lepas
2. melantik AJK penganjur tinimungan ke-2
3. program atau acara atau aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang 2009
4. aturcara gathering Ke-2
5. Hal-hal lain
Sekiranya ada sebarang cadangan, komen dan pendapat, saya berharap supaya saudara-saudari dapat tulis di sini supaya saya boleh print dan bawa ke dalam mesyuarat selanjutnya... sebelum ini ada satu post lagi tentang cadangan tentang post-mortem dan akan saya bawa sebagai rujukan kita bersama....
Tuesday, 24 February 2009
Air-Asia.. Syok bah jalan-jalan makan angin pigi SEBERANG!!!
Ni gambar bro Harold pigi jalan-jalan di Philipines kalau saya ndak silap.....
syok kan, kalau kita lagi semua dapat jalan begini....tapi gila la juga mau p makan angin ni.... boleh contact bro kita untuk projek begini ni...hehehehehehe
Monday, 23 February 2009
158 days he left us..but still until now his memory with us..
A new house for Tama.... Yahee, Yahie, Yahi, Ahe, and Yochi are names for him, my late Grand Father... Suffering from Asthma for many years before before his last breath.... memory always remain in our heart... let us pray for him.. and also for the others who went to the part of Life...
Bah! Tius bro.... haus ni....
Macam menjadi suatu kebiasaan suda untuk berkumpul, bercerita, beketawa, teka-teki, cerita lucu....dan sebagainya... Dari umur pandai saja berjalan (umur 3-4 tahun) inilah kawan-kawan kami yang paling dekat. Sampai kawan-kawan pun hairan, kalau balik kampung siapa kawan kamu di kampung?? Jawapan saya senang saja, cousin saya.... hehehehe... orang pun hairan... Entahlah... Kalau kami berjumpa suda tu, minuman bukan jadi masalah, bercerita panjang gila...cerita kenangan masa kecil-kecil, cerita mandi di sungai, cerita pigi Sarayoh memancing, katam padi, macam2 tu cerita... itu cerita kalau boleh sa mau kasi jadi 1 buku kenangan sejarah tu sebelum terlupa, cuma sa tiada masa mau ambil gambar di Sarayoh ba... di Minajur...tempat-tempat eksotik tu... Dari dulu kalau yang sepupu sepapat lelaki ni memang rapat... tapi kalau yang perempuan, ndak tau kenapa macam ndak berapa serasi, 1 sebab utama yang saya nampak ialah kurang pula perempuan kalau yang level sepupu perempuan ni... boleh kira pakai jari jak (team Tiggy_run la)....
Kalau saya perhatikan, bila yang geng-geng Generasi ke-2 (cucu Yapil) berjumpa, WUYyOoo!!! Semua durang jak yang conquer... Gila punya ramai durang bersepupu tapi semua macam kenal rapat ni.... yang bikin hairan di otak saya, kalau musim dulu-dulu bulum pun ada ni SMS-Hand phone, atau sebagainya la... tapi ikatan kekeluargaan tu nampak masi erat.. Bukan apa... saya mau mengupas jak sikit bah, yang generasi akan datang ni nanti macam mana..... sedangkan kita ni pun masi ramai yang kita ndak tau nama padahal sepupu..apalagi yang Untie-Uncle...
Kita suda buat Perjumpaan Keluarga tapi tidak juga sa dapat kenal semua dalam masa 3-4 jam.... itu mungkin saya la, yang ndak berapa pandai pigi bercerita sama urang kali.. dalam blog ni jak la sa berani menulis abis ndak kana nampak... hehehehehe...
Ada sesi memperkenalkan diri sa buka tu, tapi biasanya dalam internet ni ada juga yang kasi suspen-suspen supaya ada hot sikit... cuma gambar belum ada.. eh cuba kamu klik tu family tree... ada gambar pula tu sana... sa rasa orang lain pun boleh register untuk upload gambar... baru 5% jak siap tu..... nanti sa UPDATE lagi kalau dapat info baru...kepada semua.. mari kita rajin-rajin bagi pandangan semoga semangat kekeluargaan tu sentiasa hot "Miiso Misompuru"!!!!
Wednesday, 18 February 2009
Berhati-hati dan sentiasa berhati-hati!
Wui...apa sudah jadi ni???? Gambar ni ambil sendiri ba....jadi senget la tu bas, saja saling kita ingat mengingatkan supaya jaga keselamatan dijalanraya dan dimana-mana juga kita jalan.... pandu laju tidak salah (kalau tiada tukang tembak laju@speed trap).... tapi tanya otak masing-masing rasional kita laju tu kenapa?? Contohnya: Ada satu jalan lurus, lebar, bersih, bukan hujan, tiada kereta, masa siang,bukan kawasan sekolah, kita mau cepat, tiada kerbau lintas jalan, memang selalu kita ikut tu jalan.... ngam la bah itu kita mau laju kali kan?..... ada jawapan lain ka?? Cuma, kalau jalan itu kita sudah tau banyak lembu atau binatang lain selalu limpas, banyak lubang, ada selekoh tajam di hujung, tempat orang selalu limpas-limpas, time hujan lagi, bukan juga kita cepat sebab mau tebirak di seluar, bukan juga emergency... pakai lah otak yang Tuhan kasi kita supaya bijak berfikir.. tidak perlu laju sampai 160 km/jam...cukuplah setakat 150 km/jam....hehehehehhe
Ngam lagi masa sekarang kalau di jalan banyak selekoh syok tu mau "DRIFT"... begitulah yang terjadi macam gambar bas ni saudara saudari... dia drift-drift di selekoh turun bukit.... kalau mau drift di litar la yang ngam, tapi kalau kereta setakat standard proton tu..banyak lagi perlu modified... ini bukan nasihat, sekadar hiasan kita saling ingat mengingati.... banyak yang kita boleh kongsi di sini... Be positive everywhere sinakagon!!!
Wednesday, 11 February 2009
"Tikanas Bujang" + Tadong rice
Ni la makanan sa sini, bujang di perantauan bukan senang oooo.... nasib baik ada urang pigi berburu dapat payau.....kami teampit juga sikit daging.... Tadong ni dari Pekan Nabalu Ranau...... kadang-kadang menangis juga bila teringat keluarga di kampung ba, makan ndak tau macamana.... nasib baik dulu sa suda belajar hidup susah.... kalau ndak susa juga hati urang tua bila anak-anak durang jauh sumua... yang lada tu beli dari Lipasu Lounge N ciggar... sos tuhau... sadap juga walaupun makan nasi tadong lauk payau masak kicap sam sos tuhau... nyummm...nyuuummmm....
saudara-saudari yang lain....jangan sedih untuk menceritakan pengalaman kamu semua.... sa mau juga dengar cerita kamu di perantauan....
Monday, 9 February 2009
Wajah anak - anak yang akan mewarisi Yapil Sinakagon...
Friday, 6 February 2009
"SUKAN" YAPIL SINAKAGON
Ba saudara saudari... Sinurambi ada menyatakan dalam komen beliau untuk kita buat sukan sebagi kesinambungan Tinimungan yang hari tu... Dan saudara Johny Gusi juga ada menyatakan hasrat beliau supaya kita menganjurkan sukan FUTSAL bertempat di kampung Suromboton..... ketetapan tu seperti berikut...
Aktiviti Sukan : FUTSAL (Terbuka kepada Keluarga Yapil dan beberapa jemputan sahaja..sekiranya perlu)
Tempat cadangan : Padang Kg. Suromboton
Tarikh cadangan : CUTI sekolah bulan Mac ( 14-22 Mac) belum pasti..
siapa yang boleh join... : Terbuka kepada lelaki
Terbuka kepada perempuan
antara ACARA : Mungkin kita buat 2 jenis, Liga Futsal Kahwin dan Liga Futsal Bujang, atau ikut suara ramai la... mungkin boleh juga kita buat yang wajib ada 2 orang Kahwin @ veteran dan 3 orang Bujang...
yuran mungkin rm rm50 untuk 1 team... senang kira ba...
duit lebih kita boleh masuk tabung...
itu 1.. Futsal... nanti mungkin Bola tampar lagi... badminton lagi.. bolasepak lagi.. ping pong lagi.... Permainan Petanque... dan sebagainya la...harap semua dapat memberikan kerjasama ok...

ISU GURU PUKUL PELAJAR?MURID.....
Wah!! Semalam saya tinguk berita TV3, tiba-tiba pula keluar berita ada guru disiplin, Ustaz dia bilang.. menghantam pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah... kunun cerita di berita tu, ada seorang pelajar ni cuba meleraikan satu pergaduhan (mungkin dalam kawasan sekolah la tu)... jadi mungkin suda settle kali, ngam-ngam pula guru disiplin sampai.. terus kunun dia tangkap leher pelajar tersebut terus dia kasi lutut Toomoi perut .. jadi pelajar tersebut te undur p belakang temasuk dalam parit... dan mengalami sedikit kecederaan... itu sa ndak terkejut la... tapi sekali dia sebut KOTA BELUD, SABAH... alalalalala.... ketawa terus sa dengar tau....
cuba kunun saudara-saudari respon ni isu bah... sa mau juga tau cerita selanjutnya....
cuba kunun saudara-saudari respon ni isu bah... sa mau juga tau cerita selanjutnya....
Post -Mortem Tinimungan Yapil Sinakagon
Pada minggu yang lalu...post-mortem telah dijalankan, bertempat di rumah Puan Sabinah Kondoging Yahee, Kampung Suromboton, Tenghilan....
Saya ndak sempat untuk ikut tu meeting, minta maaf banyak-banyak sebab ada sedikit masalah yang perlu di selesaikan pada hari da masa yang sama.. ndak sempat ba sebab keesokan hari dia saya terpaksa pulang sudah balik tempat kerja.
Ada beberapa perkara yang di ketengahkan, tapi sa belum dapat itu minit... jadi saudara Johny, Uncle Teddy OcBc, Sinurambi, cuba kunun kamu terangkan disini sedikit sebanyak apa yang telah dibincangkan... supaya yang lain-lain dapat baca dan dapat reply apa yang perlu..... boleh ba kan saudara-saudari??? sekian terima kasih...

Monday, 2 February 2009
Gambar YapilSinakagon....
Ini saja yang dapat saya upload sementara menunggu hari esok...
wi-fi ndak cukup laju ba...sorry sebab lama kamu menunggu.... sabar kamu semua...bsuk sa kasi masuk yang lain.....sabar ok....sorry banyak-banyak... Ok untuk gambar pertama tu, itu adalah Pengerusi Penganjur Tinimungan Yapil Sinakagon 2009, beliau merupakan cucu lelaki paling senior Yahee's Family...dalam ucapan beliau semasa hari tersebut, beliau telah...(sa telupa da pula heheheheh...) nanti sa cerita tu Ucapan aa... Beliau kini berada di Kudat atas tugas rasmi kementerian...
Yang gambar kedua ni sa kurang yakin untuk buat terjemahan... macam saya pernah nampak sebelum ini tapi ndak pasti pula di mana la.... dia bilang nama dia Joe.. tapi perempuan ni dia...nanti kita boleh tanya dia sendiri la... Kalau saya ndak silap lagi dia bilang dia kini berada di Malaysia Sabah......ndak tau pula dulu dia di mana hehehehehehehe........ pada hari tersebut la tu baru terjupa juga dia sana sukaneka, tapi hampa juga tanak wagu yang lain semua sebab macam ndak boleh suda ni dia kena urat ba... saudara pula hehehehehe.....
Gambar ke-3..supaya senang kita berkenalan di jalanraya saya ambil inisiatif untuk buat 1 sticker jadi semua boleh guna, jangan risau ini sticker ada 5 warna tu... supaya tau ba siapa dalam kereta atau motor atau apa saja jenis kenderaan ada sticker begini..kalau hijau kita tau dia keluarga Garagad, kalau Oren kita tau dia keluarga Yulak...kan???
Sunday, 1 February 2009
Bah..masuk pigi sesi berkenalan dulu...
klik tu ikon di atas tu... "Mari berkenalan kita"...sana ble jupa semua.....
ikut jak macam yang len tu buat...macam yang paling atas numbur satu tu.....
ok saudara semua, bsuk malam la kita jupa ramai-ramai....
ikut jak macam yang len tu buat...macam yang paling atas numbur satu tu.....
ok saudara semua, bsuk malam la kita jupa ramai-ramai....
Thursday, 29 January 2009
SUKAN silaturahim match...only 4 Yapil's sinakagon
Ba.. hari tu masa sukaneka rupanya kita ada ramai pemain bola... ni kita buat friendly match la antara keluarga supaya lagi rapat ni....... ada team yang ble atur ka lawan friendly ni... team yang sentiasa bersedia cuma team tiggy_run ni.... team lain kalau ndak cukup ble bergabung ba... bukan untuk kalah menang ni bro, tetapi lebih kepada konsep kesihatan diri ba....cuba semua team reply dulu.... bukan sekadar main dalam gelanggang futsal ni, men di padang pun boleh, men badminton pun boleh... apa jak sukan ba bro... kita atur di sini takwim tahunan kita nanti.... jadi semua makin rapat ni....itu la objektif sebenar ni....
Wednesday, 28 January 2009
Hilangnya 2 buah BANNER!!!!!
Sangat mengharukan 2 buah banner yang telah dipasang pada hari Rabu lepas telah hilang setelah sehari suntuk banner tersebut terpampang di jalan besar Tuaran-Tenghilan(pagar Telekom Kg Bunga) dan Tenghilan-Kota Belud(simpangan atas).... banner tersebut yang berharga RM250 SEBUAH...atau RM500 2 buah la.....telah diambil orang atau pun hilang ditiup angin mengkali tu.....sesiapa yang perna terlihat banner yang di print tersebut tolong kembalikan kepada Mr. Johny di kampung Molisau... sesuatu yang kami harap dapat kami guna masa dewan rupanya ndak kesampaian pula.....kasian tul..
Tuesday, 27 January 2009
Pada hari tersebut....
Pada hari tersebut, punyalah ramai ahli keluarga yang datang...boleh la dikatakan sangat ramai (bagi pendapat saya lah)...... kalau di kira-kira objektif untuk mengumpulkan sebuah persatuan keluarga ini akhirnya tercapai juga.....tinguk gambar dulu sikit.....Paling best bila semua sporting... sukaneka, semua lucu...cuma sedikit la dalam dewan Pa system tertinggal pula wayar sound...tapi tidak apa...ini adalah permulaan yang memang masi banyak kelemahan dan kecacatan...nanti tahun depan ada sudah kemajuan tu...harap-harap la juga....
Cuba kunun saudara sekalian memberikan komen membina untuk sa bawa dalam meeting post mortem nanti hari Sabtu...tulung la..kami perlukan sokongan dengan komen anda semua sinakagon...
Cuba kunun saudara sekalian memberikan komen membina untuk sa bawa dalam meeting post mortem nanti hari Sabtu...tulung la..kami perlukan sokongan dengan komen anda semua sinakagon...
Monday, 19 January 2009
TENTATIF PROGRAM 25 JAN 2009
24 JAN 2009
PERBINCANGAN, PERJUMPAAN, PERSEDIAAN UTK KEESOKAN HARI....
25 JAN 2009
1. ACARA PAGI MULA JAM 7.30 AM
SUKANEKA BERKUMPULAN....
LUMBA LARI 100M, FUTSAL, BELON, DAN ADA LAGI.....
TENGAHARI
BARU DALAM DEWAN... GIMIK ACARA PERASMIAN SINAKAGON YANG TELAH DIBENTUK, SESI SUAIKENAL ANTARA SEMUA SINAKAGON MENGIKUT 5 KELUARGA BESAR...
KARAOKE-PERSEMBAHAN-MAKAN-MAKAN-MINUM-MINUM...ISI BORANG FAMILY TREE... RAMAH MESRA... DAN ADA LAGI BEBERAPA KEJUTAN YANG AKAN DILAKSANAKAN... HARAP2 SEMUA DAPAT MEMBERIKAN KERJASAMA SEPENUHNYA LA....

Wednesday, 14 January 2009
THE CHINESE NEW YEAR ARE COMING!!
For those who celebrate this "SingNien".. we wish you a happy prosperous chinese new year, hope this year of 'OX' will bring us alot of happiness, joy, wealth and peace... firecracker on.....hehehehehe
Sunday, 11 January 2009
Pertandingan PS2 Fifastreet2 (sempena 25hb)
boleh pakai kah ni idea????........
siapa-siapa yang berminat boleh masuk mendaftar semasa 24hb la, tidak kira umur dan jantina, siapa mau ikut main berlawan juga semua nanti...hehehehehehe
cari la tu dvd game...praktis...bujang ka, kawin ka, budak ka...terpaksa la belawan....jangan risau tempat pertandingan... sa rasa kalau lawan kalah mati tu main di ruma jak... final la kita buat di dewan, pakai tv pakai juga skrin besar... jadi semua urang nampak....heheheh jumpa la nanti 24hb aaaa.....
Friday, 9 January 2009
Family tree Yapil Sinakagon
Semalam sa try buat family tree ni keluarga kita, blum pun sampai separuh ada 59 family suda, orang di dalm dia termasuk yang nenek moyang 287 orang.. itu pun baru keluarga Yahee yang complete sama keluarga Gusi Yulak....belum pun separuh kan??
cuma mau dapat tu borang dulu semua baru saya dapat kasi habis siap ni family tree ni.. baru boleh upload cni blog dia punya link... len kali ada suda rujukan kita la...
Cuma sa ndak dapat cara yang terbaik untuk dapat tu senarai nama semua yang terlibat sebagai ahli keluarga YAPIL ni.... syok oo, besat tul juga kita ni... harap semua dapat bagi kerjasama, setakat ini nama jak yang sa key in, tarikh lahir dan juga tarikh kematian belum lagi... ada yang sa ndak pasti... email lagi pula, harap semua yang belum ada email tu belajar2 kunun buat emai di googlemail atau yahoo la.... sa sentiasa mau minta pendapat Saudara-saudari semua untuk memberikan cadangan dan idea ni.....
PENERIMA ANUGERAH YAPIL SINAKAGON
Sempena hari keluarga yang di anjurkan oleh sinakagon tu nanti, harap-harap ada sumbangan untuk anugerah-anugerah berprestij seperti yang berikut...
1. ANUGERAH NAMA PALING PENDEK
2. ANUGERAH NAMA PALING PANJANG
3. ANUGERAH PALING TINGGI LELAKI/PEREMPUAN
4. ANUGERAH VETERAN PALING AKTIF
5. ANUGERAH RAMBUT PALING PANJANG LELAKI/PEREMPUAN
6. ANUGERAH GAMBAR PALING VOGUE SEPANJANG ZAMAN
7. ANUGERAH SAIZ KASUT PALING BESAR
8. ANUGERAH VIDEO KLIP TERBAIK
9. ANUGERAH RAJA LAWAK
10. ANUGERAH PALING BERANI
hehehe..nampak lucu la, tapi syok kali tu wakakkakakakakka.... siapa ada cadangan untuk calon-calon yang sesuai?????
Kalau nama paling pendek dari kami mungkin si "Avril" = 5 aksara
nama paling panjang kali si "Estelle Jheemena Lim" = 20 aksara
paling tinggi?? 5 kaki 7 inci jak... Uncle Radin tu yang tinggi sa nampak...
Veteran paling aktif..susah oo..sebab ramai veteran aktif ni
rambut paling panjang.. kalau lelaki sa ndak tau suda...
kalau perempuan ramai yang panjan rambut tu...
gambar paling vogue sepanjang zaman ni yang susah mau dapat.....
saiz kasut...saya punya saiz kasut urang putih...9
kalau raja lawak...si Nabil la dapat ba....
paling berani setakat ini blum ada lagi tau sa kenal....hehehehe cuba kunun kamu bagi cadangan....apa anugerah yang best?
Wednesday, 7 January 2009
Persembahan 'Tiggy_Run' 25 JAN 2009 "TINIMUNGAN YAPIL SINAKAGON"
Alamak!!!! Terlupa pula kita bincang apa persembahan team tiggy_run tau... ada Cadangan ka??? setakat ini kami plan kita KOIR 1 lagu Rock...... ble pakai ka????
Team lain pun sa lupa tanya apa persembahan pula.... MERAH, ORANGE, HIJAU, KUNING apa kamu punya persembahan??? alalalalala... Tila la jadi conduct...amacam...hehehehehehe...
Sinakagon semua adalah dijemput tu.... peringatan supaya semua dapat datang, hadir, macamana pun harap kita berjumpa di sana la....

Tuesday, 6 January 2009
Mari berkenal...Kenalan
Ba sinakagon sekalian... sini post tempat untuk sesi kita memperkenalkan diri... saya mula dengan sa dulu la... sa harap semua sinakagon yang lain ble rujuk di sini untuk mengetahui lebih dekat siapa yang guna tu nick la....
nick : didieq, jendiQ, Kurunjeng kid, chichi, tukang blast....,
sinakagon biru : Yahee Yapil-Kondonging Yahee-anak ke-6(lelaki)
tempat : Kota Belud-Tenghilan-Tuaran-Kuala Penyu-Kunak-Tawau
Email : sinakagon@gmail.com
ba...yang lain boleh la Follow macam yang sa buat di atas ok....

Goodbye 2008...Welcome 2009!!!
huhh....ni kali tiggy_run teda occasion tau 31 Dis 2008.... telampau banyak ba function tempat lain kan?? ndak pa la, tahun 2008 kita free jak semua...macamna kalau 2009 bru kita bikin balik reunion.....??
tempat bro Johny ada gathering juga tu, tapi minta maaf banyak2 sa pun ndak dapat datang...sa balik p Kuala Penyu ba petang tu... 1hb sa balik da tempat kerja ni.... 25 Jan la kita bejumpa semua... nanti kita berkenalkenalan lebih dekat...
ada sudah yang member baru sampai sini blog...kan ramalan sa ada saudara jauh dapat kita bejupa disini... perkenalkan diri jak cni sinakagon semua... nanti sa buka satu section untuk memperkenalkan diri la supaya semua boleh tau siapa sinakagon ni... ok.. sampai berjumpa lagi.....

Subscribe to:
Posts (Atom)